Ok, aku sambung lagi.. Jadi, seperti gambar di atas ini adalah antara lukisan atau contengan-contengan aku. Kebiasaannya aku akan conteng-conteng sebelum tidur dan bila waktu terluang dan ada mood sahaja.. Lukisan aku tak la cantik tapi puas la dekat mata aku..mata orang lain aku tak tahulah. Ini sahaja yang termampu.. Hahaha.. Ini adalah 100% idea aku. Wallahi.. Tapi kalau korang ada nampak orang lain buat sama. Tu aku minta maaflah mungkin kebetulan sama.
Ok ini pula.. Kotak- kotak terbuang yang aku ambil dekat kilang tempat aku kerja aku. Aku potong jadi empat segi cantik-cantik kemudian aku bawa balik.. Bukan aku rembat.. Tetapi ini barang terbuang. Aku recycle je.. Jimat belanja.. Mungkin sebab sifat aku ada sedikit sayangkan alam sekitar membuatkan aku begitu.. Yeahhh go green!! Hihi...selain kotak-kotak putih ni aku gunakan adalah pensil, pen, makerpen dan gunting.. Benda ni memang adalah.. Hihi..
Kemudian, bila dah ada bahan2 tersebut aku lukislah atas kotak-kotak putih tu.. Inilah dia.. Jadi ini adalah model-model aku.. Tak perlu budget-budget free he.. No payment!! Cuma penat je.. Tapi takpe.. Aku suka.. Macam biasalah prosesnya, mula-mula Aku sketching kemudian drawing dan seterusnya inking.. So jadilah macam ni..
Tadaaa!!.. Jadi inilah hasilnya.. Apa ni tak menarik pun... Ok, mungkin bagi korang tak menarik tapi bagi aku menarik.. Cukup sekadar aku terhibur sudah.. Lantak korang!! Hahaha.. Satu lagi tak cukup.. Aku perlukan 1 camera.. Nak beli dslr macam mahal pula kan? So aku pun mencari barang yang boleh dijadikan yang boleh tangkap gambar juga.. So aku prefer
I phone 4..tak murah dan tak mahal sangat.. Sebenarnya aku beli ni sebab tengok kawan-kawan pakai macam best je.. Dan bila aku sendiri guna memang best.. Value for money orang putih kata.. Selain gmbar dia dan warna yang best.. Aku juga suka sebab boleh edit terus gambar.. Guna handphone je.. Tak payah nak tranfer masuk komputer.. Bahkan aku update blog ni pun guna handphone alu juga.. best kan? ( tak best lantak korang!!) So, ini adalah rezeki Allah SWT yang tak tahu aku nak ungkapkan macam mana.. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.. Syukur sangat.. Aku harap setiap apa yang aku buat dapat menyampaikan messages pada yang melihat inshaallah..
No comments:
Post a Comment