Assalamulaikum wht.. Hihi.. Dah lama aku biarkan blog ni bersawang.. Sebenarnya aku pun tahu nak tulis apa.. Aku bukanlah tau sangat pasal blog ni.. Tapi saja mahu mencuba.. Maaf jika penulisan aku ni membuatkan korang rasa hampa je baca... Maaf awal-awal, aku bukanlah seorang penulis yang baik yang boleh terjemahkan apa yang dalam kepala otak terus jadi sebuah penulisan yang baik macam journalist, wartawan, blogger dan seangkatan dengannya.. Aku cuma tulis apa yang aku rasa sahaja. Ok, sebenarnya aku cuma nak berkongsi tentang hobi baru aku. Hobi ni bermula selepas aku beli handphone baru aku. Alhamdulillah selepas btahun-tahun mengidam alhamdullillah akhirnya dapat juga. Rezeki dari Allah SWT. Syukur sangat.. Sejak dari zaman sebelum tadika lagi.. Aku memang pantang nampak kertas kosong jumpa je kertas kosong mesti nak conteng-conteng. Kadang-kadang kalau dekat buku-buku yang ada ruang-ruang kosong pun aku tabuh juga conteng. Paling feveret memang conteng gambar binatang panda la.. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa panda tu cute sangat2.. Memang tak pernah tengok depan pun haiwan tu. hanya tengok dalam tv, buku dan internet jela.. Padahal warna panda tu cuma hitam putih je tApi memang sangat-sangat cute bagi aku. Kalau tengok tu rasa macam tenang je tengok gelagat haiwan tu. jadi, apa kaitan antara handphone dan lukisan panda aku? Haaa.. Ni nak cerita.. Handphone zaman la ni kan ada camera? Jadi aku gunakan camera aku untuk tangkap gambar lukisan panda aku.. Inilah dia karektor panda yang aku selalu lukis.. So, itu sahaja.. Nanti aku akan up lagi gambar-gambar yang lain dari masa ke time.. Hihihi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment