Wednesday, July 31, 2013

Percubaan pertama.


Ini percubaan pertama aku. Model aku adalah panda dan juga kucing aku.. Free je.. Hahaha.. Jimat kos dah dekat situ.. Gambar aku ambil pada bulan Jun 2013.. Tarikhnya tak ingatlah.. Jadi hobi pula tangkap gambar cenggini.. Enjoy it.. Cewah... Hihi.. Kali pertama aku tengok gambar cukup menguatkan lagi hobi aku ini. Seronok.. ( syok sendiri plak.. Hihihi ) 

Tuesday, July 30, 2013

Induksi :)

Ok, aku sambung lagi.. Jadi, seperti gambar di atas ini adalah antara lukisan atau contengan-contengan aku. Kebiasaannya aku akan conteng-conteng sebelum tidur dan bila waktu terluang dan ada mood sahaja.. Lukisan aku tak la cantik tapi puas la dekat mata aku..mata orang lain aku tak tahulah. Ini sahaja yang termampu.. Hahaha.. Ini adalah 100% idea aku. Wallahi.. Tapi kalau korang ada nampak orang lain buat sama. Tu aku minta maaflah mungkin kebetulan sama.

Ok ini pula.. Kotak- kotak terbuang yang aku ambil dekat kilang tempat aku kerja aku. Aku potong jadi empat segi cantik-cantik kemudian aku bawa balik.. Bukan aku rembat.. Tetapi ini barang terbuang. Aku recycle je.. Jimat belanja.. Mungkin sebab sifat aku ada sedikit sayangkan alam sekitar membuatkan aku  begitu.. Yeahhh go green!! Hihi...selain kotak-kotak putih ni aku gunakan adalah pensil, pen, makerpen dan gunting.. Benda ni memang adalah.. Hihi..


Kemudian, bila dah ada bahan2 tersebut aku lukislah atas kotak-kotak putih tu.. Inilah dia.. Jadi ini adalah model-model aku.. Tak perlu budget-budget free he.. No payment!! Cuma penat je.. Tapi takpe.. Aku suka.. Macam biasalah prosesnya, mula-mula Aku sketching kemudian drawing dan seterusnya inking.. So jadilah macam ni..


Tadaaa!!.. Jadi inilah hasilnya.. Apa ni tak menarik pun... Ok, mungkin bagi korang tak menarik tapi bagi aku menarik.. Cukup sekadar aku terhibur sudah.. Lantak korang!! Hahaha.. Satu lagi tak cukup.. Aku perlukan 1 camera.. Nak beli dslr macam mahal pula kan? So aku pun mencari barang yang boleh dijadikan yang boleh tangkap gambar juga.. So aku prefer 


I phone 4..tak murah dan tak mahal sangat.. Sebenarnya aku beli ni sebab tengok kawan-kawan pakai macam best je.. Dan bila aku sendiri guna memang best.. Value for money orang putih kata.. Selain gmbar dia dan warna yang best.. Aku juga suka sebab boleh edit terus gambar.. Guna handphone je.. Tak payah nak tranfer masuk komputer.. Bahkan aku update blog ni pun guna handphone alu juga.. best kan? ( tak best lantak korang!!) So, ini adalah rezeki Allah SWT yang tak tahu aku nak ungkapkan macam mana.. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.. Syukur sangat.. Aku harap setiap apa yang aku buat dapat menyampaikan messages pada yang melihat inshaallah.. 

Bermula dari zero....

Assalamulaikum wht.. Hihi.. Dah lama aku biarkan blog ni bersawang.. Sebenarnya aku pun tahu nak tulis apa.. Aku bukanlah tau sangat pasal blog ni.. Tapi saja mahu mencuba.. Maaf jika penulisan aku ni membuatkan korang rasa  hampa je baca... Maaf awal-awal, aku bukanlah seorang penulis yang baik yang boleh terjemahkan apa yang dalam kepala otak terus jadi sebuah penulisan yang baik macam journalist, wartawan, blogger dan seangkatan dengannya.. Aku cuma tulis apa yang aku rasa sahaja. Ok, sebenarnya aku cuma nak berkongsi tentang hobi baru aku. Hobi ni bermula selepas aku beli handphone baru aku. Alhamdulillah selepas btahun-tahun mengidam alhamdullillah akhirnya dapat juga. Rezeki dari Allah SWT. Syukur sangat.. Sejak dari zaman sebelum tadika lagi.. Aku memang pantang nampak kertas kosong jumpa je kertas kosong mesti nak conteng-conteng. Kadang-kadang kalau dekat buku-buku yang ada ruang-ruang kosong pun aku tabuh juga conteng. Paling feveret memang conteng gambar binatang panda la.. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa panda tu cute sangat2.. Memang tak pernah tengok depan pun haiwan tu. hanya tengok dalam tv, buku dan internet jela.. Padahal warna panda tu cuma hitam putih je tApi memang sangat-sangat cute bagi aku. Kalau tengok tu rasa macam tenang je tengok gelagat haiwan tu. jadi, apa kaitan antara handphone dan lukisan panda aku? Haaa.. Ni nak cerita.. Handphone zaman la ni kan ada camera? Jadi aku gunakan camera aku untuk tangkap gambar lukisan panda aku.. Inilah dia karektor panda yang aku selalu lukis.. So, itu sahaja.. Nanti aku akan up lagi gambar-gambar yang lain dari masa ke time.. Hihihi..