Tuesday, December 21, 2010

I Love Living Life. I Am Happy.



mungkin telah ramai yang telah mengetahui tentang Nicik Vujicic seorang yang berjiiwa kental dan cekal. tidak asing bagi anda semua. biarlah kita imbas sedikit. Nicholas
James Vujicic (lahir 4 Disember 1982) adalah seorang penceramah dan penceramah motivasi yang lahir tanpa lengan atau kaki kerana gangguan langka yang dikenali sebagai Tetra-amelia. dalam hidup, kita sering merasa gagal dan putus asa. begitu juga dengan diri aku sendiri.hal ini berlaku terutama di saat-saat kita kita berhadapan dengan apa-apa situasi kesulitan hidup. kita merasakan seperti dunia gelap menyelubungi kita. tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa ada orang lain yang lebih susah daripada kita dan mampu bangun mencari kegemilang untuk teruas hidup. melihat kepada keadaan nick dan semangat, keyakinan dan kekentalan nick menjadikan aku inspirasi kepada aku. semua y7ang berlaku adalah kehendak Allah SWT. ujiannya adalah untuk kebaikan kepada kita. aku berpesan kepada diri aku dan kawan-kawanku "disebalik kebaikan itu ada kburukan dan disebalik keburukan itu ada kebaikan. dan itu adalah ujian yang Maha Esa kepada hambanya."

pengajaran yang aku perolehi dari apa yang aku dapat Nick Vujicic adalah..."JANGAN PUTUS ASA UNTUK BANGUN TERUSKAN HIDUP WALAUPUN KITA JATUH BERATUS KALI."

Saturday, December 18, 2010

Teknologi pendididkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2012.


seperti yang kita ketahui. upin & ipin adalah animasi tempatan yang menjadi ikon kepada kanak-kanak di Malaysia. dengan adanya ikon upin & ipin ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih realistik dan mudah difahami serta menarik minat mereka. unsur-unsur pengajaran yang dapat diterapkan dan di aplikasikan dalam kehidupan kanak-kanak. ini secara tidak langsung dapat memberi impak kepada pembelajaran kanak-kanak. bukan sahaja kanak-kanak belajar berkomunikasi malahan unsur-unsur nilai murni diterapkan seperti, menghormati orang tua, masyarakat, rakan-rakan yang walaupun berlainan bangsa dan budaya. secaa tidak langsung memperlihatkan kita bahawa teknologi pengajaran dan pembelajaran berkembang dengan arus teknologi. syabas Les' Copaque!!!

Teknologi Maklumat Untuk P&P

ini adalah persembahan (presentation) daripada seorang rakan yang saya perolehi dari " http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp ". ini disediakan oleh seorang yang saya tidak kenali iaitu Norhisham Mohamad Nordin.

cute signing baby!...baby sign language



aku tertarik dengan pendidikan awal kanak-kanak dengan barat dan bagaimana seorang kanak-kanak boleh mengunakan bahasa isyarat bagi berkomunikasi dengan ibu bapanya.. video ini cukup membuktikan bahawa bagaimana proses pembelajaran kepada kanak-kanak berlangsung dari hari demi hari...disini peranan pengasuh kanak-kanak, guru tadika dan taska mula menjadi perhatian ibubapa pada masa kini.