Sunday, September 20, 2009

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Kanak-kanak


Nyanyian

Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.

Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.

Bidang Nyanyian

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bntuk nyanyian iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton. Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan dan postur.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.

Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:

“Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Pak Mat jual nasi si… si”

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial

Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.

Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

5 comments: