Sunday, January 9, 2011

Fireese age 4.5 update - Reading at grade 2-3 level


ini adalah perkembangan Fireese ketika berusia 4.5tahun. apa yang mengejutkan aku adalah dalam usia tersebut fireese telah membaca buku cerita grade 2-3..satu perkembangan yang menakjubkan dalam usia ini. .

Fireese (4) sings & signs the ABCs to her brother (3 mo)


fireese nyanyikan lagu ABC kepada adik lelakinya. sungguh comel..
:)

Permata Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia

Usaha Permata Negara itu, yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.

Setiap anak umpama permata yang perlu digilap kilauannya hasil pendedahan konsep asuhan dan didikan istimewa dengan penerapan konsep belajar itu menyeronokkan menerusi bermain, yang diadaptasi dari pusat kecemerlangan kanak-kanak Pen Green di Corby, England.

Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.

Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.

Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.


Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri.

Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.

Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Permata Negara menarik minat isteri pemimpin negara asing termasuk Permaisuri Qatar Sheikha Mozah Nasser Al-Missned dan isteri Presiden Zambia Thaniwe Banda untuk menjalin kerjasama dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pendekatan serta pengendalian program itu.

Kedua-duanya juga bersetuju bahawa Permata Negara adalah satu daripada cara yang boleh digunakan ke arah pembangunan modal insan secara efektif iaitu bermula untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Walaupun mula menampakkan kejayaan, usaha untuk memperkasakan program Permata Negara dipergiatkan lagi dengan peranan Kementerian Pelajaran, yang diketuai menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membangunkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.



Selain itu, bagi memperbaiki sukatan pelajaran, Permata Negara turut mendapatkan kerjasama daripada ibu lima anak genius, Halimahton Yusof, yang akan menggunakan pengalamannya mengenai kaedah pembelajaran terbaik untuk anak-anak pintar.

Kerajaan juga mengiktiraf program itu apabila ia diberi peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ia dilaksanakan untuk:

*Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak,

*Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,

*Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat,

*Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,

*Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Menurut Rosmah peruntukan itu akan membolehkan program Permata Negara menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak dan penjagaan harian Permata Negara di jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.

“Peruntukan RM100 juta itu adalah satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia,” katanya.

Selain itu Permata Negara juga berhasrat untuk meneruskan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk menghasilkan sukatan pelajaran terkini.

Yang terbaru ialah majlis pecah tanah Kompleks PERMATA pintar Negara dan menanam kapsul masa di kawasan kompleks itu yang disempurnakan oleh Najib dan Rosmah di UKM pada 6 Disember lepas.

Kompleks itu, yang akan dibina di atas tanah seluas lapan hektar di dalam kampus UKM, dijangka beroperasi pada Januari 2011.

dipetik dari BERNAMA. tulisan, Nur Syuhada Shamsudin. December 17, 2009 | In: Informasi, Pelajar, pendidikan

Saturday, January 8, 2011

2.5 year old Reading/ baby sign language graduate!


Fireese yang comel. hehe.
aku memang selalu mengikuti perkembangan fireese sejak dari awal tetapi tidak pernah terfikir untuk dikongsikan bersama rakan-rakan melalui laman blog ini. jadi datang pula idea menerusi minat untuk berkongsi bersama orang ramai yang mungkin mempunyai minat yang sama dengan aku atau mungkin yang telah mempunyai atau bakal mempunyai cahaya mata untuk melihat anak mereka pintar, cerdik dan cerdas di awal usia. Terima kasih youtube kerana memudahkan aku mengikuti perkembangan apa-apa video sahaja pun.

ketika video ini dirakamkan, Fireese hanya berusia 2. 5 tahun. Suatu perkembangan yang baik dalam pendidikan awal kanak-kanak. sememangnya amat tidak aku jangkakan kanak-kanak berusia 2.5 tahun dapat mengeja dengan baik dengan penggunaan awal fonik. sebelum ini orang sering menganggap bahawa pendidikan awal kanak-kanak mungkin perkara yang remeh dan mudah. terutama kepada mereka yang terlibat didalam profesion pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak. mungkin video kanak-kanak bernama fireese ini dapat mengubah perpektif masyarakat yang memandang remeh tentang pendidikan awal kanak-kanak serta mengubah pandangan mereka yang menganggap pendidikan awal kanak-kanak ini tidak penting.
jadi fikirlah sendiri......

baby sign language - 2 year old spells kiwi and more


Aku pernah kongsi tentang "baby sign language" pada bulan lalu. seorang kanak-kanak bernama Fireese telah menggunakan bahasa isyarat bagi berkomunikasi dengan ibubapanya. pada kali ini pula aku ingin berkongsi bersama pembaca-bembaca tentang perkembangan pembelajaran Fireese. pada ketika ini, fireese berusia 2 tahun. amat menakjubkan apabila fireese mula boleh mengeja dan bermain kuiz tentang isyarat. saksikan telatah kanak-kanak yang pintar ini di video ini.

Tuesday, December 21, 2010

I Love Living Life. I Am Happy.



mungkin telah ramai yang telah mengetahui tentang Nicik Vujicic seorang yang berjiiwa kental dan cekal. tidak asing bagi anda semua. biarlah kita imbas sedikit. Nicholas
James Vujicic (lahir 4 Disember 1982) adalah seorang penceramah dan penceramah motivasi yang lahir tanpa lengan atau kaki kerana gangguan langka yang dikenali sebagai Tetra-amelia. dalam hidup, kita sering merasa gagal dan putus asa. begitu juga dengan diri aku sendiri.hal ini berlaku terutama di saat-saat kita kita berhadapan dengan apa-apa situasi kesulitan hidup. kita merasakan seperti dunia gelap menyelubungi kita. tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa ada orang lain yang lebih susah daripada kita dan mampu bangun mencari kegemilang untuk teruas hidup. melihat kepada keadaan nick dan semangat, keyakinan dan kekentalan nick menjadikan aku inspirasi kepada aku. semua y7ang berlaku adalah kehendak Allah SWT. ujiannya adalah untuk kebaikan kepada kita. aku berpesan kepada diri aku dan kawan-kawanku "disebalik kebaikan itu ada kburukan dan disebalik keburukan itu ada kebaikan. dan itu adalah ujian yang Maha Esa kepada hambanya."

pengajaran yang aku perolehi dari apa yang aku dapat Nick Vujicic adalah..."JANGAN PUTUS ASA UNTUK BANGUN TERUSKAN HIDUP WALAUPUN KITA JATUH BERATUS KALI."

Saturday, December 18, 2010

Teknologi pendididkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2012.


seperti yang kita ketahui. upin & ipin adalah animasi tempatan yang menjadi ikon kepada kanak-kanak di Malaysia. dengan adanya ikon upin & ipin ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih realistik dan mudah difahami serta menarik minat mereka. unsur-unsur pengajaran yang dapat diterapkan dan di aplikasikan dalam kehidupan kanak-kanak. ini secara tidak langsung dapat memberi impak kepada pembelajaran kanak-kanak. bukan sahaja kanak-kanak belajar berkomunikasi malahan unsur-unsur nilai murni diterapkan seperti, menghormati orang tua, masyarakat, rakan-rakan yang walaupun berlainan bangsa dan budaya. secaa tidak langsung memperlihatkan kita bahawa teknologi pengajaran dan pembelajaran berkembang dengan arus teknologi. syabas Les' Copaque!!!